Minggu, 06 Februari 2011

Maulidin Nabi

Kita peringati kelahiran baginda, antaranya; dengan muhasabah diri; sejauh mana kita mencintai baginda, sejauh mana kita mengikuti ajaran baginda, sejauh mana kita memuliakan baginda, anak cucu baginda dan segala waris baginda daripada kalangan ulama yang muktabar. Kita peringati kelahiran baginda dengan melakukan berbagai amal kebajikan seumpama bersedekah, berjamu makan, membaca al-Quran, berzikir, bersholawat, berqasidah memuji baginda dan sebagainya. Ingatlah kepada baginda setiap saat dan ketika, kerana baginda itu lebih utama daripada diri kita. Jika terdetik rasa diri yang hina mendahului baginda, itu tanda berkurangnya iman di dada. Hayati firman Allah Tuhan seru sekalian alam dalam surah al-Ahzab ayat 6:
"Nabi Muhammad SAW itu lebih utama bagi orang-orang beriman daripada diri mereka sendiri"

Maka berilah perhatian sewajarnya kepada Junjungan Nabi SAW, wahai mereka-mereka yang mengaku beriman dan umatnya baginda. Telah menulis 'Alim terkemuka, Sayyidul Ulama al-Hijaz, al-'Alim al''Allaamah asy-Syaikh Muhammad Nawawi bin 'Umar bin 'Arabi al-Bantani al-Jawi 'alaihi rahmatul Baari dalam karya beliau : "Fathush Shomad al-'Aalim 'ala Mawlid asy-Syaikh Ahmad bin al-Qaasim" pada halaman 48 sebagai berikut:-

Tanbih: Para ulama telah menyatakan bahawa sudah sewajarnya bagi seseorang untuk menampakkan sikap memperindah dan menghias dirinya dengan memakai pakaian-pakaian bagus pada malam kelahiran baginda Nabi yang mulia,. Ini adalah kerana baginda adalah harapan kita di akhirat nanti (yakni simpanan harapan untuk mendapatkan syafaat nanti). Mudah-mudahan Allah merahmati seseorang yang menjadikan malam-malam pada bulan kelahiran Junjungan Nabi SAW yang berkat ini seumpama hari-hari perayaan (yakni saat - saat yang sentiasa ditunggu-tunggu dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran). Telah berkata Syaikh al-Mudabighi (yakni 'Alim Syafi`i yang tangguh, Syaikh Hasan bin 'Ali bin Ahmad asy-Syafi`i al-Azhari al-Mudabighi alaihi rahmatul Baari): " Memberikan perhatian dan mengambil berat terhadap waktu mawlid Baginda Nabi yang mulia adalah di antara sebesar-besar cara untuk bertaqarrub. Ianya terhasil dengan memberikan makanan (bersedekah), membaca al-Quran dan qasidah-qasidah mengenai Baginda Nabi dan seumpamanya daripada segala sesuatu yang tidak termasuk perkara haram atau makruh ataupun khilaful awla. "

Wajar patut kita bersukacita atas kelahiran Nabi yang mulia bahkan sekalian alam dan isinya dengan penuh kegembiraan menyambut hari kealhiran Baginda Nabi. Jadi kenapa harus kita bertikai, kita harus beradu pendapat dan kebenaran, bukankah tujuan kita sama memuliakan akan Sang Nabi, tetapi utilah yang telah disampaikan Beliau " Ikhtilafu 'ummati rohmatun " Perbedaan diantara ummat-ummatku adalah rohmat.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar